Thursday, 10 August 2017

The Battleship Island


Hi korang semua...

Lama kita tak bersua dalam coretan kita. Al-maklum Iera busy sangat-sangat sampai ada geng kaki blog tanya iera tak menulis dah ke? Hahahha... Bukan taknak menulis cuma iera tak sempat kadang-kadang. Harap memahami lah ye! Hehehe...

Ha akan tetapi kali ini Iera nak bercerita Drama Korean yang ditunggu-tunggu oleh semua orang di Malaysia dan Luar Negara juga. Yang akan ditaayangkan pada bulan Ogos ini juga..

Cerita apa itu iera?

Mesti ramai yang tertanya dan ramai yang sudah mengetahuinya.. Jeng.. Jeng.. Jeng..







Inilah dia cerita yang ditungu-tunggu iaitu The Battleship Island. Ada sesiapa yang tunggu tak untuk menonton cerita ini pada 17 Ogos 2017 ini? Harus lah ada kan sampai tak sabar-sabar nak tengok Oppa Song Joongki berlakon.

Filem ini mengisahkan sebuah drama yang mengambil tema masa penjajahan jepun, dimana sekitar 400 warga korea di paksa ke Battleship Island atau yang di kenal dengan Hashima Island untuk bekerja di tambang batu bara. Namun begitu mereka cuba untuk melarikan diri daripada dipaksa membuat kerja tambang batu ara.

Lee Kang Ok dilakonkan oleh Hwang Jung Min adalah seorang bandmaster di Kyungsung Hotel. Dia memutuskan untuk pergi ke Jepun untuk melindungi putrinya, akan tetapi dipaksa menyertai Battleship Island.  Bagaimanapun die nekad ke Battleship Island, dan ingin cuba melakukan sesuatu untuk melindungi putrinya.

Choi Chil Sung dilakonkan oleh So Ji Sub adalah petarung top di Kyungsung (nama lama "Seoul"). Dia membuat masalah di Battleship Island, tapi dia memiliki hati yang tersentuh.

Park Moo Young dilaonkan oleh Song Joong Ki merupakan anggota milik kumpulan Korea Kemerdekaan. Dia menyelinap ke Battleship Island untuk menyelamatkan anggota dari kelompok kemerdekaan itu.


Macam menarik kan..?? Jadi iera pun tak sabar nak pergi menonton Filem ini. Sebelum kita menonton filem ini jom kita lihat sedutan trailer filem ini.




Jadi, Selamat Menonton pada 17 hb ogos ini. Dan jangan lupa kongsikan segala pengalaman korang tengok filem ini dengan iera okey! Mesti perlbagai cerita menarik yang menanti.. hehehe..

Okelah setakat ini sahaja. nanti kita lagi untuk mengupas segala info yang ada.. hehehe.. Jumpa nanti.

No comments: