Wednesday, 27 December 2017

Resepi Apam Balik Senang & Mudah

Hi semua,

Hari ini iera nk kongsikan bersama korang semua resepi Apam Balik.. Resepi ini tak smpai 30 minit dah boleh siap tau! serius tak percaya korang boleh cuba ok!

Bagi iera rasa dia Sedap n enak bila dimakan... Jadi korang boleh cuba tau!

Resepi ni resepi dari mak iera sendiri .... Jadi iera pun cuba dan belajar buat kuih ini. hehee...

Resepi iera sharekan di bwah ya


Bahan - Bahannya :

1 Biji Telur
1 Cawan Gula
1 Cawan Air
1 Sudu kecik bikarbonat
1 Sudu kecik Baking Powder
2 Cawan Tepung Gandum
sedikit vaniila






Cara - Caranya :

Pkul 1 bji telor dengan 1 cwan gula smpai kembang... selepas itu masukkan air 1 cawan pukul kan sekejap sahaja dan Msukkan 1 sudu kecik soda bikarbonat n 1 sudu kecik baking powder.. selepas itu Msukkan tepung gandum 2 cawan dan gaulkan sampai sebatii., msukkan sedikit sahaja vanilla untuk bagi sedap rasa kalau tak nak pun tidak mengapa.. jadi siap untuk bahannya.


Cara - Cara untuk masak pula :

Untuk cara masak masukkan dalam kuali yg senang tanggal yang tak perlukan letak minyk kalau tiada hanya letakkan sedikit minyak sahaja... Letakkan tepung dalam kuali bentukkan leper dan letakkan sedikit jagung yang dah siap dalam tin, time ini korang nak letak banyak bahan tak apa sebab kita yang buat kalau menjual rugiii.. hehee sebab itu lah kalau beli sedikit sahaja dapat. lepas itu letakkan kacang yang dah siap tumbuk @ mesin dan gula sedikit ikut kemanisan or perisa ini korang boleh ubah sama ada nak letak cheese, coklat, dan lain-lain...tak kisah ikut janji suka heeheh.. Jadi bagi dia ranggup sekejap dan rasa dah okey boleh angkat dan makannn!!!




Step 1


Step 2


Step 3


Step Akhir .... Makan lah !


Mesti akan cakap " SEDAP " hehee.. so selamat mencuba :)


No comments: